Minggu Yang Lembab

Hujan, Hujan, Hujan (bukan band Hujan..sorry ehhh..). cuaca lembab... jangkaan saya hingga Khamis ni akan keadaan cuaca begini.. benda begini memang bagus untuk saya dan ada juga tak bagusnya... Yang tak bagusnya...

1- Stok- Bagaimana nak beli stok masa hujan2 begini. susah wooo.. naik plak motor .... walaweh parah kalau hujan.. teringin nak beli kancil je.. but fulus lum masuk.. so, SABAR...

2- Tempias- Kena stall aku depan kedai tempias hujan.. nak buka dalam kedai je but lum ada chance tunggu je nanti kalau semua dah ok.. sambil jual air skali..

Itu negatifnya hujan, sekarang perkara positif kalau hujan ni plak... cuma satu yang bestnya dan mengakibatkan pendapatan bertambah.. semua orang cepat lapar.. kan sejuk sebabkan lapar.. tengoklah mat saleh.. badan besar2 mcm John Travolta kalau dia tinggal di Malaysia, saya percaya dia kurus seperti Roslin Hashim... (gurau saja..maaf brader Roslin). Walau ada kata aku pun hampir mirip brader Roslin buat aku dalam bidang burger dan dia badminton.. rezeki halal katakan.. memang best kan setiap orang diciptakan dengan rezeki masing-masing.

Tengok member blogger Aj, dia cakap dia lama dulu tempat sejuk but tak pernah "mention" kat mana.. misteriii... dia besar and tinggi.. mcm John Travolta juga .. yang dia baru pas tengok The Taking Of Pelham 123 dan From Paris With Love yang dia ulang kali katakan best.

Hmmm.. burger pun tengah masih dimasak ni.. lapar plak macam nak baham burger ni ... apa2 pun harapan buat semua, selamat walau hujan begini..

Copyright © 2009 - Touch Fine and Dine - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Template Parx